Thursday, May 13, 2010

HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA



(artikel diambil dari BERITA PUSAT SUMBER Bil. 1/2010)

LATAR BELAKANG DAN RASIONAL

Semenjak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan dan perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBMKM) menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2010 disambut pada peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.


TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh sebenar yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) adalah pada 23 April setiap tahun


OBJEKTIF

1. Meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat.

2. Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai adanya hari buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

3. Memberi peluang kepada masyarakat terutama pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbukuan.

4. Memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali penulis-penulis buku yang tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.

No comments:

Post a Comment